Sunday, December 26, 2010

Tahniah Wt Pasukan Bola Sepak Negara kita...

Malaysia menjaringkan 3 gol berbalas 0 keatas pasukan Indonesia di final pertama di Piala Suzuki Asean Football Federation (AFF) Championships di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam tadi.

Mohd Safee Sali menjaringkan dua gol pada minit ke-60 dan 73 sementara pemain gantian Mohd Ashaari Shamsuddin menjaringkan gol yang lain pada minit ke-67 untuk memberikan Malaysia kedudukan yang selesa final kedua di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta, Rabu ini.


Kepada rakyat MALAYSIA...
Marilah kita berdoa supaya Piala Suzuki akn dtg ke negara kita buat kali yg prtama..
Hidup MALAYSIA!!!

Saturday, December 25, 2010

If u knOw

Assalamualaikum readers...
ni post pertama blog ni n aku bukan la tuan blog ni pon...
camne aku leh access blog ni??tuannye yang suh aku edit this blog,,so aku edit la sampai tertido2 tdi..hheheh
aku tak taw nak post ape..kalo blog aku ni leh la gakaku merapu..
aku cuma nak post ni to tuan blog ni n korang sumer...
.


*bace n hayati serta ingat sampai ble2...
love u sO much hOney...



Andainya lelaki tahu
Dalam hati seorang perempuan
Ada naluri untuk disayangi
Ada rasa ingin diberi perhatian
Ada rasa untuk didengari keluh kesahnya
Ada waktu-waktu minta ditemani kesedihan

Andainya lelaki tahu
Rajuk seorang perempuan minta dipujuk
Marah seorang perempuan perlu didekati
Sedih seorang perempuan harus didengari
Gembira seorang perempuan ingin dikongsi

Andainya lelaki tahu
Di sebalik seribu satu rasa itu
Ada sekeping hati nan lembut
Bukan untuk ditatang bagai minyak yang penuh
Bukan jua untuk dimanjai
Hanya perlu sedikit perhatian
Agar rasa kasih itu terasa wujud
Walau saat jauh
Kerana andainya lelaki tahu
Hati itu akan senantiasa bertanya
Pada diri seorang perempuan
Wujudkah cinta itu di hati lelaki
Bila saat jauh tanpa perkhabaran
Sebagaimana mekarnya cinta itu
Tetap di hati seorang perempuan
Biarpun berkali ombak menghempas
Tak sekali pantai hati itu berubah